20 Oktober 2016

Selamat Hari Jadi Abah

20.10.2016
Selamat Hari Jadi Abahku yang hensem.
Doa kakak setiap saat, semoga Abah dikurniakan umur yang panjang.
Semoga Abah diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik.
Semoga Abah dimurahkan rezeki.
Semoga Abah dipelihara dan dirahmati Allah selalu.
Semoga hajat Abah untuk menunaikan haji akan termakbul.
Amin.
Kakak sayang Abah ....
Selamat Ulangtahun yang ke 69 Abah. Muahhhhh :)

19 Oktober 2016

Perlukan Tour Guide di Vietnam?

Assalamulaikum … kabare? Lamanya tak menulis … masih sibuk dan sibuk. Dah habis exam kedua-dua anak baru lega sikit …
Disebabkan ramai masih ada yang bertanya pasal Ho Chi Minh, maka hakak buka kembali kenangan manis ketika bercuti di Ho Chi Minh pada 2014. Rindu pulak Ho Chi Minh ... tak tahulah bila nak kembali ke Ho Chi Minh …
Soalan yang sering diajukan pada Akak Kembang ialah :-
Perlukah tour guide jika ke Vietnam?
Ikut bajet masing-masing. Jika bajet ciput, boleh je jalan-jalan sendiri. Pilihlah hotel yang berdekatan dengan tempat shopping seperti Ben Thanh. Banyak hotel yang harga berpatutan berdekatan dengan Ben Thanh tu. Tapi jika ada bajet lebih … pastu korang rasa was-was … tak konpinden nak jalan sendiri, bolehlah menggunakan tour guide. Mana tahu tak biasa jenjalan sendiri ke … bawak anak kecik ke … memang tour guide diperlukan bagi memudahkan urusan kita disana terutama transportation.
Waktu aku ke Ho Chi Minh ritu,  memang tak guna tour guide pon. Semua main redah … Cuma follow tips dan info dari blogger-blogger yang yang pernah ke sana jer. Lagipun nak merasa pengalaman backpackers kat sana … hehehehe …
Percayalah … tak susah mana pun. Sebelum pergi memang dok bayangkan camnerlah rupa Vietnam kan? Dah pergi baru tahu. So, sapa yang belum pernah sampai … boleh je jalan-jalan sendiri. Kalau rasa takut-takut boleh amik tour guide.
Senang ke dapat teksi di Vietnam?
Berlambak. Sepanjang jalan hotel ada teksi menanti anda. Tapi kena pastikan anda naik teksi yang benar … hehehehe … takut kena tipu. Teksi yang kami naik di Vietnam adalah teksi Vinasun. Kami difahamkan jangan naik teksi berwarna hijau. Itu teksi cekik darah namanya …
Harga pakej ke Chu Chi Tunnel?
Kami ambil pakej ke Chu Chi Tunnel melalui hotel penginapan kami (Kingston Hotel). Seorang hotel caj 15USD = RM50 (perlu diingatkan itu harga 2014 ye). Pakej tersebut termasuk teksi, bas dan tiket masuk ke Chu Chi Tunnel yang berharga 70,000 VND = RM11.50. Pakej tersebut mengambil masa setengah hari di Chu Chi Tunnel.
Boleh bagi nama tour guide di Ho Chi Minh tak?
 Boleh cari/hubungi Mohd Syukri dari Asia Tour Vietnam seperti nama di dalam kad dibawah. Segala pertanyaan pakej boleh tanya Syukri. 
Inilah Syukri. Orang Malaysia. Orang Negeri Sembilan. Sudah berpunya :)
Sekian.
Facebook : Muhd Syukri Nozari

10 Oktober 2016

Good Luck Kakak Balqis

Tahun 2016 tahun menggerunkan buat aku ... huhuhu ...
Harini kakak Balqis pulak akan menghadapi peperiksaan PT3. Aduhyaiiii .... kecut perut Mama. Lepas adik Qayyum ... kakak pulak .... huhuhu ...
Apapun, Selamat Berjaya Kakak Balqis. Jangan lupa baca doa sebanyak mungkin. Semoga kakak tenang dan dipermudahkan untuk menjawab semua soalan-soalan dengan jayanya.
dsc02018


Gambatei! Fighting!
Mama tahu...kakak dah berusaha sehabis mungkin. Doa Mama sentiasa mengiringi kakak Balqis. Apapun keputusannya kelak ... insya Allah Mama akan terima dengan hati terbuka dengan iringan bebelan Mama :)