30 Januari 2016

Trip ke Jepun - Hard Rock Ueno & Asakusa (Part 4)

"A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving"
Assalamualaikum ... gomen nasai (maafkan saya) di atas kelewatan sambungan jejak Akak Kembang di Jepun. Terlajak sibuk pulak minggu ni. Ok ... jom sambung sebelum ingatan ini makin pupus dan pupus.
Kami sampai di Tokyo Station lebih kurang pukul 6 petang. Hari dah gelap masani walhal baru jam 6 petang. Masih belum biasa dengan kegelapan yang cepat di sini. Dalam kekalutan ribuan manusia, kami terpinga-pinga mencari arah tujuan. Tiba-tiba datang awek Jepun ni menawarkan diri membantu kami. Betul kata orang yang pernah ke Jepun, rakyat Jepun memang sangat helpful dan baik. Bab kaunter pertanyaan ni kami serahkan pada Nisa. Sebab apa asyik Nisa je? Sebab Nisa yang buat itenarary ... wakakakaka ... kami pun ada back up jugak sekali sekala :) 
Skip itenarary ke Asasuka, kami ke Ueno  terlebih dahulu. Rupanya kami kena naik subway sebab tiket ke Ueno tak di cover oleh JR Pass. Awek Jepun ni pandai berbahasa Inggeris sambil disulami bahasa ibunda dia. So, kami kena beli tiket untuk ke Ueno Station yang berharga 170 yen sehala. Selesai pembelian tiket masing-masing boleh naik subway.  
Hard Rock Ueno (orang Jepun sebut weino) ni senang je nak cari (padahal kitaorang punyalah melilau mencari...wakakakaka) sebab dalam Station Euno jer ...  
Sapa tak kenal dengan Abang Selpie ni kan ... hehehehe ...
Dapatlah aku sambar sehelai t'shirt Hard Rock Ueno untuk aku. Ingat nak cari yang bling-bling ... takde pulak kat sini. Promoter Hard Rock ni kata kalau beli 10,000 yen boleh dapat duti free ... tapi masa ni dah campur-campur ngan Nisa pun still tak cukup 10,000 yen ... takpelah bayar jelah duti tu ... huhuhu ... Promoter Hard Rock ni comel orangnya. Mix mat salleh dan Jepun tapi tak fasih sangat cakap omputeh. Lupa pulak aku nak snap gambar ngan dia ... hehehehe ... 
Ops! lupa nak bagitau ... t'shirt Hard Rock untuk gegurl yang aku beli tu berharga 2800 yen (RM100.80). Mahal jugak tapi tak beli menyesal nanti ... kekekeke ...
Cara Naik Train dari  Tokyo Station ke Ueno Station :
Ambil Tokyo Metro Marunouchi Line untuk Ginza ke Ueno Station [18 minit] [170 yen sehala]
Dah sampai Asasuka Station, kami terpinga-pinga lagi. Datang pulak Oniisan (Abang) Jepun ni datang membantu. Walaupun berbelit-belit lidah dia nak terangkan pada kami tapi dia tetap bantu kami. Terharu (sib baik tak hensem ... tetttt)


Video yang sangat tidak amatur. Asal boleh jer. Layankan aje ek sampai salah cakap Akihabara, patutnya Asakusa ... hehehe...
Kami nak mencari Nakamise Shopping Street sebenarnya. Oniisan ni siap tunjuk jalan/arah buat kami. Alang-alang dah bertanya dan ditolongkan ... kami suruh tunjuk jalan ke Odaiba sekali.
Odaiba adalah sebuah pulau buatan manusia di Tokyo Bay yang terkenal sebagai pusat membeli-belah dan hiburan. Malangnya, malam tu Odaiba tutup pulak malam tu atas sebab-sebab tertentu. Takde rezeki lagi. Harini memang tak 'ong' ... huhuhu ... 
Kami berpisah dengan Oniisan di hadapan Station Asakusa. Arigatou Gozaimazu Oniisan!!! Jasamu akan kami kenang ... 
Irrasyaimase!!! (Selamat Datang) ke Asakusa ...
Asakusa ni taklah sesibuk seperti bandar Shinjuku. Kebanyakan kedai disini sudah tutup kecuali kedai makan dan pusat hiburan.
Asakusa terkenal dengan Sensoji Temple. Salah satu kuil Budha yang terkenal dan tertua di Tokyo. Tapi tujuan kami ke Asakusa sebenarnya nak beli barang-barang souvenirs yang katanya lebih murah dan mencari restoran halal.
aku cuma faham 400 meter jer :roll:  
Jujurnya kami mempunyai masalah setiap kali mencari kedai makan halal (baru 2 kali jer). Semalam di Shinjuku, hari ini di Asakusa pulak ... walaupun dah buka maps still gagal ... beginilah nasib backpackers. Tapi seronok beb sebab dalam mencari kita akan jumpa sesuatu yang lain pulak ...Kenalkan bodyguard Akak Kembang di Jepun ... Mr. Keroll San. Mana Akak Kembang possing, situ dia mesti adoooo .... wakakakaka ... Kedai makan ni tak halal tau tapi Akak Kembang tertarik patern kedai ni ala-ala macam dalam cerita Oshin :)
Dalam mencari-cari kedai makan halal tu, awek Jepun ni menawar diri membantu kami. Dia tak pandai sangat berbahasa Inggeris tau tapi aku salute cara dia yang sedaya upaya membantu kami. Punyalah dia berusaha sampai berbelit-belit lidah nak speaking ... tu belum tengok Akak Kembang speaking lagi ... terus berpintal-pintal lidah ... hahahaha 
Dalam pencarian kedai makan halal tu, kami lalu pintu gerbang ni ... macam kuil je. Oooooo .... inilah Sensoji Temple! sempat pulak bodyguard Akak Kembang buat part time ek ... takpe kasi can.
perghhhh!!! besar jugak Sensoji Temple ni ...
Temple dia lagi besar ... Merah berjahang-jahang ...
Sepatah haram tak paham ... hehehehe ...Untungnya datang ketika Sensoji Temple ni waktu malam dapat menikmati warna warni kegermalapan lampu. Memang cantik. Tapi ruginya sebab semua dah tutup. sobs!sobs!
Dalam pada nak mencari Restoran Naritaya di Asakusa, kami terpisah dengan 3 orang lain (Bos, Kak K.E & Ad). Dorang dah jalan dulu, kitaorang kan sibuk possing kat temple tu ... padan muka kitaorang kena tinggal ...
Masa ni kami berenam dah sesat dan hilang arah tujuan... perut makin lapar ... hujan mula renyai-renyai ... hingus oppa makin laju pulak ... kesian plak aku nengok ... what to do ...
Masing-masing tengah berkomunikasi dalam whatsapp ... dah bagi location pun tak jumpa-jumpa ... guna maps pun still tak jumpa ... dah berkali-kali call tak dapat tangkap gak ... mencabar kan cari makan Halal di Jepun ni? Bertabahlah perut ...Kat kawasan yang kami sesat tu banyak je kedai makan. Tapi tak nampak pun Restoran Naritaya. Mana nak nampak ... dah semuanya tulisan Jepun ... kekekeke ...
Rasa nak naik beca Jepun jer ... tapi awas! mahal tau ...
Ok. Fine. Kalau tak jumpa jugak kami sepakat nak balik (propa jer lebih padahal perut mintak makan). Dalam pada frust nak balik tu nampak Ad dok melambai-lambai. Lorhhh ...rupanya, kedai makan tu kat celah tembok pintu gerbang yang kami jalan tadi ... patutlah Ad menunggu kami tak sampai-sampai. Bila dah nampak Ad tu cepat-cepat jalan sebab dah lapar sangat ... ngeeee .... ampun bosssMemang restoran/kedai makan di Jepun ni jenis comel-comel. Dapur dorang berkonsepkan open. Kalau korang nak makan sambil hadap chef boleh makan kat bawah tapi jangan tangkap gambar chef tau! Chef dia pemalu (padahal kena marah sebab amik gambar kitchen ... wakakaka) :mrgreen:
Restoran Naritaya di Asukusa ni menghidangkan makanan jenis Ramen. Ramen tu sejenis mee. Korang boleh pilih menu yang terpampang kat dinding kedai tu. Harga memang cekik darah  :-P 
Aku pilih set Karaage + Ramen (aku syak nama melayunya Mee Sup Ayam Goreng) :)
Sedap baq hang ...
Lepas kenyang, nak balik hotel kena lalu kawasan Sensoji Temple semula. Tapi ikut jalan lain pulak. Memang waktu ni dah sunyi sepi. Sekali baru perasan, rupanya deretan kedai-kedai nilah yang jual souviner murah-murah tu. Ruginya ... huhuhuhu ...
Pastu nampak pulak Tokyo Skytree dari jauh. Dalam itenarary memang kena singgah tapi disebabkan dah nak dekat pukul 9 malam maka terpaksa dibatalkan (last entry pukul 9.00 malam). Takde rezeki lagi. Memang hari kedua kami tidak ada 'ong' lah! huhuhu .... 
Walaupun asyik takde 'ong' je hari kedua kami tapi syukur alhamdulillah kami digantikan dengan pertolongan dari orang-orang Jepun. Untuk kali keempat pertolongan yang kami terima ... bila dah sampai Asakusa Station, macam biasa kami menggelabah. Eh! betul ke train ni? Eh! salah kot! selalu was-was ... tiba-tiba Oniisan ni jenguk dari dalam train sambil bertanya kami nak kemana. Bila konpem je, dia suruh naik cepat-cepat sebab train dah nak gerak. Fuhhh!! nasib baik sempat. Oniisan ni pandai speaking, so biar dia borak ngan bos ... kekekeke.
Shinjuku hujan rengai malam ni ... adoii!! tilam dah memanggil-manggil ... sebelum balik hotel, kami singgah ke Family Mart untuk beli nasi. Sebelum tu dah cari kat 7 Eleven tapi tak pulak brand yang sama macam kami beli kat Family Mart tu ... konpius ... pastu patah balik ke Family Mart ... habis licin kami borong ... hehehehe ... 
Kombanwa uolss!!!
Cara Naik Train dari Asakusa (Tobu/Subway)Station ke Shinjuku (JR) Station :
Dari Asakusa (Tobu/Subway)  Station ambil Tokyo Metro Ginza Line untuk ke Kanda (Tokyo) [10 minit]
Dari Kanda (Tokyo) Station ambil JR Chuo Special Rapid Service  untuk TAKAO ke Shinjuku (JR) Station [13 minit]
Akak Kembang Nak Bagitau Sikit >> Segala pengalaman ini berdasarkan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap mohon dimaafkan. Entri ini mungkin akan berubah-ubah jika ingatan Akak Kembang semakin pulih :)

21 Januari 2016

Trip ke Jepun - Mount Fuji & Gotemba Premium Outlets (Part 3)

"When traveling with someone, take large does of patience and tolerance with your morning coffee"
Assalamualaikum ... Ogenki Desuka? (Apa Khabar) 
Punyalah lama nak menyambung part by part Travelogue Akak Kembang ke Jepun kan. Sorrylah pada yang ternanti-nanti tu ... Akak Kembang sibuk sikit menguruskan anak-anak (macamlah ramai anak kan) ... Jom sambung! 
Hari Kedua - 23 Dis 2016
Mount Fuji
Kringggggggg!!!! huhuhuhuhu ... pukul 4.30 pagi kena bangun. Tak puas tido weiiii! Selalu kat Malaysia pukul 6.00 atau 6.30 pagi baru nak bangun. Tapi disebabkan susahkan nak Jejak Jepun ni lagi ... maka bertabahlah mata bangun awal. Lagipun kami nak jalan jauh pagi ni. Subuh kat sini pukul 5.16 pagi. Walaupun aku tak boleh solat, aku yang akan bangun dulu ... mandi ... touch up ... baru aku kejut Kak Wanie. Bagi can dia tidur lama sikit ... hehehehehe ... Sambil tunggu Kak Wanie bersiap, aku pun sapu butter kat roti. Pastu bawak biskut-biskut dan air masak sebagai bekalan dalam perjalanan nanti. Pagi-pagi ni tak lalu nak makan lagi ...
Itenarary hari kedua, misi melihat gunung paling popular di Jepun. Tak sabar rasanya. Harap-harap ada rezeki melihat Fuji tersenyum lihat Akak Kembang datang :)
Lepas siap-siap, kami tunggu kat lobi hotel. Fuhhh!!! sejuk giler pepagi hening ni. Jam 5.30 pagi dah ramai lalu lalang kat bawah ni. Nak pergi kerja agaknya. Mata aku masa ni memang dah sembab sebab tak cukup tidur demimu Jepun ... hehehehe ...
Cubaan menyegarkan mata memasing :)
Untuk ke Mount Fuji, kami ambil Tokyo Metro Marunouchi Line untuk Ikebukuro menuju ke Tokyo Station. Tiket naik train di cover oleh JR Pass. Train dorang memang best sebab siap ada heater kat bawah tempat kaki ...
Seperti yang aku bagitau pada entri terdahulu, jika korang menggunakan JR Pass jenis Green Car (reserved seat), korang boleh ambil tiket train lebih awal. Tak perlulah tergesa-gesa berebut atau beratur panjang.
Dalam 18 minit kami sampai di Tokyo Station. Kemudian, kami terus cari track untuk Shinkasen seperti gambar di atas. Kemudian cari nombor train seperti yang tertera dalam tiket train korang. Kami agak teruja sebab tak sabar nak naik bullet laju di Jepun ni. 
Ini contoh reserved seat ticket untuk Shinkansen Bullet. Waktu pergi, balik, tempat duduk semuanya tercatit di tiket tersebut.
Train kami pukul 6.56 pagi. Ada masa untuk warm up mata yang still ngantuk lagi ni sambil tengok bullet yang kemain lajunya ... tak dan Akak Kembang nak selfie ngan muncung bullet tau ...
Jepun kan terkenal dengan vending machine. Macam-macam ada ... boleh siap-siap beli simpan dalam beg untuk perjalanan nanti ...
Syukur alhamdulillah sebab bos kami memilih JR Pass Green Pass. Kami menaiki train bullet jenis Shinkansen Kodama 633. Naik Shinkansen je terus cari tempat duduk masing-masing. Jikalau naik yang jenis ordinary pass, belum tentu kami boleh dapat tempat duduk. 
Lebih kurang 1 jam 51 minit, kami tiba di Shin Fuji Station. Keluar je dari train sudah mula terasa kesejukan. Bercakap pun boleh keluar asap dari mulut :)Sementara Nisa cari arah petunjuk untuk ke Mount Fuji, mari lihat apa yang ada sekitar Shin Fuji Station ni.
Kebetulan sama pulak kaler peti pos kat Jepun ni dengan tema Akak Kembang ... sekali tengok teksi pun ada line oren jugak ... kakakaka ...memang kena bahanlah Akak Kembang ...Ini Keroll.
Keroll still single.
Keroll suka pergi gym. Itu pasal Keroll Sado.
Sebab sado lah , Keroll selalu tolong Akak Kembang angkat beg.
Jadilah seperti Keroll :lol:  
Ini Abg Su.
Abg Su suka minum Starbucks.
Abg Su suka selfie sambil minum kopi.
Abg Su suka belanja kawan minum kopi Starbucks. 
Jadilah seperti Abg Su  :lol: 
Ini bos & kak k.e. Itu Nisa.
Bos suka belanjer staff. Bos suka bawak staff jenjalan. Wife bos pun suka :)
Nisa suka tolong orang. Nisa tak merungut pun.
Jadilah seperti mereka :)
Tengok map macam jauh jer ... macam dekat  jer Mount Fuji tu ... Nak tunggu bas pulak dalam pukul 10.00 pagi baru boleh naik. Sejam lebih lagi kami kena tunggu. Lamanyaa ... tak boleh jadi jugak ... tapi nak tengok Mount Fuji jugak ... huhuhuhu ...
Tanya Ojisan yang bawak teksi ... 5 minutes ! 5 minutes! jika jalan kaki. Kami agak .. agak jer ...Kalau naik teksi lagilah 2 minit kot tapi caj dalam 700 yen untuk 4 orang (kalau tak silaplah). Cuma 3 orang je yang naik teksi, yang lain nak jalan kaki hip!hip!horey ...
Taklah jauh mana pun. Kami pun main redah je sebenarnya ... janji nampak signboard Mount Fuji. Sekitar kawasan menuju ke Mount Fuji ni tak banyak kereta. Seronok jer dapat jalan kaki ramai-ramai sambil tengok kawasan orang Jepun ni. Punyalah bersih tahap dewi jalan raya dorang ni. 
Jalan punya jalan jumpalah Fuji Exhibition. Still mencari mana Mount Fuji? Maam jauh jer lagi ... huhuhu ... Toleh sana sini ... huhuhuhu ... silap haribulanlah kami datang ni ... Mount Fuji malu agaknya nak tengok Akak Kembang ...Nisa tunjuk bukti Mount Fuji diselaputi awan jer ... 
 Punyalah malu-malu nak tunjuk senyuman pulak ... biar Akak Kembang jelah yang senyum ... 
Hakak Sado CLPG. Kalau kat opis nak turun tingkat 20 pun punyalah pemalas ... kat Jepun kemain gagah perkasa berjalan ek ...
Muka nampak suka walaupun hati tak puas sebab nampak Mount Fuji dari jauh jek ...
Aku syak kami salah tempat dan jalan ... hahahaha ...   
Entah rumah sapa kami tumpang bergambar ... hamboi Nisa ... tonggek lebih nampak ...kekekeke ...
jangan marah ek :)
Suka tengok rumah orang Jepun. Warna rumah dorang ni kebanyakannya lebih kepada warna tanah. Pastu setiap rumah mesti ada kebun kecil depan/tepi rumah walaupun kawasan yang terhad sangat ... boleh di praktikkan di Malaysia nanti :)
Sebab yang menjadikan kami berjalan tak rasa penat adalah dapat melihat permandangan rumah-rumah di sekitar Shin Fuji Station ni. Depan rumah tanam pokok-pokok yang cantik sangat ...Jumpa pulak kereta sebijik kenari  
Jomlah kita menggembirakan hati. Walaupun frust tapi kami tetap gembira jalan ramai-ramai sambil gelak-gelak hingga tidak terasa pun penat kaki. Sampai Shin-Fuji Station, Nisa uruskan tiket untuk ke Gotemba Premium Outlets pulak.  Rupanya, orang di kaunter tiket tu cakap, memang Mount Fuji takkan kelihatan hari ini ... huhuhuhu ... dah nama backpackers kan ... takde rezeki kami. 
Cara Naik Train dari Shinjuku Station ke Tokyo Station :
Dari Shinjuku JR Station ambil Tokyo Metro Marunouchi Line untuk Ikebukuro ke Tokyo Station [18 minit]
Cara Naik Train dari Tokyo Station ke Shin-Fuji (Shizuoka) Station :
Dari Tokyo Station ambil Shinkansen Bullet  ke Shin-Fuji Station [1 jam 51 minit]
Gotemba Premium Outlets
Gotemba Premium Outlets (GPO) adalah salah satu pusat membeli belah yang terbesar di Jepun. Orang kata dari GPO nipun boleh tengok Mount Fuji. Malangnya memang tak nampak sebab cuaca tak best hari ni. 
Train ke Gotemba dah ready, driver jer belum ready :)'Ini train yang kita nak naik ye Akak Kembang'

Masing-masing tak sabar nak sopping ... macamanalah rupanya GPO kat Jepun ni kan ...
Alamak! Lupa silang kakilah...patutlaaah nampak kembang......train harini memang 'ong' sebab banyak jumpa warna oren sama tema ngan Akak Kembang ... hahahaha ...
Kesian 2 orang pakcik ni kepenatan  :-P tapi tetap gagah follow kami ke sana ke mari ... kekekeke ...
Masuk train terus panas sebab train Jepun ada heater bawah kaki :)
Turun dari Gotemba Station, kami terus naik shuttle bus yang dah sedia menunggu di bus stop. Naik bas percuma je.  
Orang jarang naik bas ... hehehehe ... best naik bas Jepun ni.Rumah-rumah orang Jepun. Kemas dan menarik pada pandangan aku.
Tepi-tepi rumah ada kebun ... Perjalanan naik bas dari Gotemba Station ke GPO mengambil masa  15 minit. Masa ni hujan renyai-renyai mula turun. Bertambah sejuklah ...
Sapa yang pernah ke Johor Premium Outlets (JPO), lebih kurang je tapi aku rasa GPO lagi besar kawasannya ... Kami berpisah dengan yang lain sebab kat sini ada masa lebih kurang 3 jam untuk shopping. 
Mula-mula outlet yang aku singgah ialah Butik GAP. Kalau kat Malaysia sekilas pandang je aku tengok GAP ni. Al maklumlah ... GAP kan salah satu brand yang agak mahal. Aku kan kedekkkk ... hahahahaha ... 
Teringat kat adik badik ... aku terus whastapp sambil tunjuk baju-baju GAP ni murah ke mahal? Sekali adik aku kata murah-murah ...
Apalagi ... ngeh!ngeh! Jom borong ...Aigooo...winter sweater murah-murah. Geramnya ... tapi aku tak beli pun ... dah tu menyesal tak sudah ...Kalau yang kat bahagian Clearance Sale ni memang murah. Aku beli 2-3 helai buat simpanan setahun :)
Selesai part 1 membeli belah di butik GAP :)
Jom terokai GPO lagi. Seterusnya, aku, Kak Wanie & Nisa cuma cuci mata je. Masuk kedai Lego kunun nak cari lego untuk Qayyum ... tengok harga lebih kurang toy'r'us kat Malaysia je. Abaikan.Aku tengok kat GPO ni banyak yang bawak anjing yang comel-comel. Ingatkan bawak stroller ada baby rupanya ada anjing. Siap ada yang pakai baju cantik-cantik lagi. Seram pulak aku. 
GPO ni terbahagi pada 2 zon iaitu Zon Timur dan Zon Barat. Kiranya korang kena seberang jambatan akan nampak lagi pulak Zon Timur. Sila gagah & gigih jelah nak round semua kan ...
Jom !
Dari GPO ni dah boleh nampak Ferris Wheel :)
Di bahagian Zon Timur aku tak membeli apa pun. Nampak outlet Coach, singgah, tengok harga, keluar, menyesal. Masuk outlet Levis ... murah, cantik tapi takde saiz ... 
Masa dah cukup. Jom pulang ...
                                                                                                                                                                                                                                credit picture : Nisa
Di Gotemba Premium Outlet ni memang sukar nak mencari makanan halal (not sure). Takat minum kopi tu bolehlah kan. Kami alas perut dengan bekalan yang kami bawak pagi tadi. Jadilah untuk alas perut. Bila dah jenjalan ni kurang sikit rasa lapar. Boleh diet camni ...
Tambahan >> GPO menyediakan ruang solat di zon timur.
Akhirnya, sementara tunggu yang lain-lain habis shopping, aku masuk GAP untuk kali ke 3. Macam-macam pulak kiriman orang kampung ... sapa lambat order, nasiblah ... huhuhuhu ...
Cukup untuk setahun punya stok ... hahahaha ...
Bila orang tanya best ke Gotemba Premium Outlets ni? Aku jawab jujur ek kalau bawak banyak duit yen, opkos best ... hahahaha ... sebab ada barang yang murah dan takde lagi keluar di Malaysia. Aku pun takat beli baju-baju kat GAP tu sebab ala-ala macam beli PADINI kat JPO ... dah tu je yang murah dan mampu milik :) Adalah dinasihatkan, jika korang berkenan dengan sesuatu barang tu terus beli je kalau tak nanti terbayang-bayang (aku jenis camtu). Pastu  mulalah rasa menyesal tak sudah. Nak pergi lagi tu belum tentu tahun bila lagi kan ...
Nak ke Gotemba Station, korang tunggu bas kat tempat yang korang turun masa mula-mula sampai tadi. Bas tu selagi tak penuh selagi tu dia tak jalan. Next destinasi ialah Asakusa. 
Sayonara GPO ... sobs!sobs!
Cara Naik Train dari Shin-Fuji (Shizuoka) Station ke Gotemba Station : (akan di update sebab dah lupa ... hehehe)
Akak Kembang Nak Bagitau Sikit >> Segala pengalaman ini berdasarkan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap mohon dimaafkan. Entri ini mungkin akan berubah-ubah jika ingatan Akak Kembang semakin pulih :)