1 December 2015

Percutian Menarik di The Kabin, Jeram

Assalamualaikum....

Sambungan dari intro Percutian Pendek Akak Kembang di The Kabin, Jeram tempohari....
Percutian last minute namanya. Padahal dari awal tahun dah berkira-kira nak bercuti ke USS Singapore lah...Legoland lah...kita hanya merancang...Tuhan yang menentukan. Maybe next timelah kot dapat bawak anak-anak ke sana...InsyaAllah...
Sebenarnya tidak terfikir pun nak ke The Kabin tu awalnya. Cari punya cari tempat terdekat nak bercuti, akhirnya jatuh cinta dengan hotel kontena ni. Kebetulan kupu-kupu kesayangan (Eika) pun nak join bercuti, lagilah meriah.  
Perjalanan ke The Kabin, Jeram juga tidak jauh. Cuma mengambil masa 45 minit jika anda dari Sungai Buloh (ikut Lebuhraya Latar).  
12120002_465285630310438_4441415608861694818_o
Kontena-kontena yang sedang dibina. Inilah asal usul The Kabin. Senang citer ala-ala rumah kontena. Kredit gambar pada The Kabin. Model berbaju hitam tulah manager kat The Kabin :)
Hari Pertama (26 Dis 2015)
Aku dengan Pak Ra Shid sepakat merahsiakan tempat percutian kami selama 2H1M. Saja je nak suprisekan anak-anak. Memang sepanjang perjalanan, Qayyum asyik tanya tentang tempat nak bercuti tu. Aku dengan Pak Ra Shid senyum sokmo. Bila dah sampai area Jeram tu baru kami bagitau.
Wahhhh!!!!Inikan tempat yang masuk TV tu kan ma??? sambil senyum sampai telinga memasing..... 
The Kabin mula dibuka untuk orang ramai dari Disember 2014. Kiranya dah setahunlah....
Kami tiba di Jeram lebih kurang jam 2.00 petang. Waktu check in adalah jam 3.00 petang. Sementara tunggu nak check in tu...kami lepak tepi  Pantai  Remis yang tidak jauh dari The Kabin. Lebih kurang 3 minit je jalan kaki :)
Jangan risau walaupun jalan masuk ke The Kabin agak sempit, tempat letak kenderaan disediakan oleh The Kabin. Luas dan selamat.
Cafe The Kabin merangkap tempat reception. Aku saja cuba nak check in dalam 2.30 petang. Alhamdulillah. Nasib baik budak tu bagi. Bolehlah berehat-rehat melepas lelah dek sebab perjalanan yang lama kan....kekekekekeke...
Oh! ya....aku booking The Kabin ni melalui whatsapp je. Puas tanya. Puas jawab. Terus deal kat whatsapp je. Bila dah confirm, korang kena bayar 50% sebagai deposit.
Pak Ra Shid melawat kawasan dulu..... 
Atas permintaan Pak Ra Shid yang nak depan pool, akak kembang pun gigih pilih hotel kontena jenis Santos (bahagian bawah). Yang di atas tu pulak jenis Long Beach. Bilik Santos boleh memuatkan 4 orang. Mempunyai 1 queen bed dan 2 bunk bed (katil 2 tingkat). Cukuplah buat kami 4 beranak :) 
Ruangan balkoni. Memang syok duduk depan pool. Tenang je....hehehehe
Queen bed untuk Abang Kembong dan Akak Kembang  bobom :) Yang bestnya, katil ni dipisahkan oleh wardrobe pakaian dengan katil bunk. 
Jangan risau, kalau haus...disediakan jugak kettle, air mineral, kopi, gula dan teh untuk basahkan tekak. Tempat ni jugak ada nyamuk tapi jangan risau...pihak The Kabin ada menyediakan ubat nyamuk. Mana yang alergik sangat tu boleh bawak spray nyamuk sendiri....hehehehehe Kakak Balqis dah cop tidur bahagian atas. Sukalah dia teww......
Ada 2 wardrobe dalam kontena Santos ni. Memang best...tak payah berebut ngan anak-anak....
  Bilik air dalam kontena Santos ni luas jugak dan lengkap dengan heater..
Disebabkan ada yang bertanya dan aku sendiri pun konpius pada awalnya....besar mana hotel kontena ni? Pinjam gambar bilik jenis Balboa (tingkat bawah jugak, sebelah je bilik aku) dari kupu-kupu Eika...ruang legar dalam kontena tu muat-muat untuk sembahyang seorang. Boleh tak korang bayangkan besar mana kontena ni?
Jom mandiiiiiii......
Kalau nampak gambar-gambar akak kembang siap bertarikh ada masa bagai tu abaikan ek. Akak kembang baru nak test SJCAM5000. Belum sempat tanya sifu-siu main hentam jelah dulu ek.
Ada dua jenis kolam di The Kabin. Satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa. Tidak terlalu dalam. Memang sesuai untuk orang yang pandai berenang-renang ikan macam akak kembang ni...hehehehe...
Pandangan dari sudut atas. Jenuh akak kembang panjat bangunan...Anak menakan yang suka berendam...adik-adik akak kembang tak dapat join sebab dorang ada kerja...so, kirim anak jelah...
Thanks adik gorjes temankan akak gorjes bercuti walaupun dekat sangat. Walaupun tak cukup korum janji kita happy. Nanti next time kita pi secara berjemaah pulak....Ketepi...ketepi...akak kembang ngan abang kembong nak berenang-renang ikan ni..... :lol: 
Awas!! untuk kanak-kanak, sila pakai pelampung keselamatan di kolam dewasa. Keselamatan adalah dibawah jagaan diri sendiri...hehehe...
Agak-agak panas, terus terjun kolam depan pintu je....Bukan budak je gembira...orang tua pun gembira...hahahahaha....Betul tak? Sukanya mereka kan...kalau ada adik badik yang lain lagilah mereka suka...hehehehe...Aksi dalam air dengan menggunakan SJ5000. Anak lelaki nan seorang ni, pantang mama lepa...ada je aksi stunt dia buat. Akak kembang sempat gak jadi tarzan kat kolam tu...kita ni risau kaki dia....
Abang Kembong vs Akak Kembang  :mrgreen:  
Ngam je kami puas berendam...hujan pun mencurah-curah petang tu.....
Hari Kedua (27 Dis 2015)
Inilah lumrah percutian singkat kan. Sekejap je dah masa untuk check out jam 12.00 tengahari....
Sebelum balik kami balun mandi sampai lencun lagi. 
Untuk pengetahuan, pakej-pakej The Kabin tidak menyediakan sarapan pagi namun mereka mempunyai Cafe yang menyediakan sarapan pagi, tengahari dan malam. Nak hantar sampai bilik pun boleh tapi kena order di Cafe The Kabin...dalam bilik takdak telepon :)
Pak Ra Shid pagi-pagi dah mencari sarapan pagi kat luar. Jangan risau, banyak kedai-kedai makan di sekitar Jeram dan Pantai Remis. Kalau nak Nasi Lemak Kerang sedap, cari je dekat gerai simpang masuk ke The Kabin. Tepi jalan besar. Memang sedap giler. 
Saja jer possing depan bilik jenis Durban ni, pihak The Kabin cadangkan Akak Kembang pilih bilik ni bila nak honeymoon ngan Pak Ra Shid nanti...ada cermin besarrrr katanya....motip??? :-P hahahaha...
 :arrow: Dapatkan harga menarik untuk Tudung cantik di Vanilla Jasmine Couture  
Budak kenit yang taknak balik....hehehehehe...Lepas ni Akak Kembang nak ajak Abang Kembong honeymoon pulak kat The Kabin ni....sebab Akak Kembang suka sangat tempat ni... 
12241075_475960719242929_1735814524140726524_oBilik Akak Kembang ngan bilik kupu-kupu yang jenis Santos & Balboa tu berharga RM360.40 termasuk GST. Harga musim-musim cuti memang agak mahal sedikit. Kalau waktu tidak peak, harganya agak murah. Boleh pilih ikut kesesuaian masing-masing. Tapi Akak Kembang sukalah sebab bersih, nyaman dan tenang. Akak Kembang bagi 4/5 bintang untuk The Kabin.
Tapi kalau boleh....kalaulah...tolonglah reduce harga bilik tu sikit ek...boleh akak kembang berhoneymoon tiap-tiap bulan....hehehehhee...
Sempat promo...kekekeke...
Jangan lupa jenguk-jenguk blog Akak Kembang yang mengarut tu ek :)
Jom follow :-
Alamat The Kabin :-
(pada yang selalu fail tengok waze cam Akak Kembang...The Kabin terletak selepas simpang Aroma Ikan Bakar..lebih kurang 200 meter.  Jika dari Sungai Buloh masuk simpang sebelah kanan sebelum simpang ke Pantai Indah Seaview Resorts)
The Kabin,Lot 2984, Jalan Jati, Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
email :-
Telefon :-
 P/S : Tolong doakan Roro a.k.a Farrell beransur pulih dari Jangkitan Kuman Paru-paru...rindunya dah 2 hari tak dapat tengok Roro...

with love 💗 
pls follow/like/subcribe

BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment