17 November 2010

PENGALAMAN MASUK HOSPITAL (PART 5)

15.11.2010 (Isnin) 
Hari keenam …
Pejam celik, hampir seminggu kami berkampung di Hospital Sungai Buloh (HSB). Begitu pantas masa berlalu. Terima kasih buat staff dan misi di wad kanak-kanak tersebut sebab sepatutnya hanya seorang penjaga dibenarkan menunggu pesakit. Tetapi dalam kes Qayyum … setiap hari aku dan suami yang menemankan Qayyum. Alhamdulillah … Tuhan permudahkan urusan kami sekeluarga.
Hari ini semangat aku lain macam sikit. Lebih bersemangat gamaknya. Sepanjang 6 hari aku setia ulang alik dari Paya Jaras ke HSB. Sepanjang perjalanan aku dari rumah menuju ke HSB memang penuh debaran. Setiap kali itu jugak aku terus berdoa agar segala urusan Firhan Qayyum dipermudahkan. Semoga diberi kesihatan lebih baik dari semalam buat Qayyum.
Hari ini baru ada kekuatan buatku untuk melihat sendiri bagaimana kaki Qayyum dicuci. Masih penuh drama cuma sudah kurang babak sebak sedikit dari Qayyum. Bayangkan, sambil main psp … dia boleh menjerit … menangis … kelakar pulak budak-budak praktikal tu melihat teletah Qayyum. Semua dah kenal Qayyum. Sampaikan misi tanya  …
"Dah taknak tembak hospital lagi ke Qayyum?” kekeekekeke … Dia senyum sendiri.
& 16.11.2010 (Selasa)

Hari ketujuh …
Hari ni Qayyum dikunjungi cikgu tadika dia. Air mata aku mengalir lagi bila bercerita tentah Kisah Qayyum pada cikgunya.
Cikgu datang bawa sijil dan gambar kelas Qayyum. Sepatutnya 3 hari selepas hari kejadian tersebut, sijil dan gambar tersebut diserahkan pada pelajar. Tapi takde rezeki untuk Qayyum bersama-sama kawan-kawannya yang lain.
Sayunya aku melihat wajah manis Qayyum sambil tersebut lebar dalam potret kelasnya. Jauh disudut hati aku masih berkata … kalaulah masa boleh kuputar …. Huhuhuhu …
Esok dah raya haji. Beraya kat hospital nampaknya kami 3 beranak.

No comments:

Post a Comment