27 November 2010

Tolong Doakan Anak Saya

Hari ni dah 5 hari aku keje...hari ini jugak dah 17 hari Qayyum di Hospital Sg Buloh. SUNGGUH!!!hati aku tiada di sini rupanya. Hati aku masih tertinggal di HSB. Tidak tenang sebenarnya. 

Tapi apakan daya..aku perlu bekerja.

Baru sebentar tadi aku dimaklumkan Qayyum akan ditransfer ke Hospital Universiti, Petaling Jaya. Jiwa raga aku mula bergetar. Ya!Allah selamatkan anakku Firhan Qayyum..Engkau jauhilah dia dari kesakitan..Engkau sembuhkan dia Ya!Allah... 

Jutaan terima kasih buat keluarga, saudara mara, sahabat handai yang sudi mendoakan kesihatan anakku Firhan Qayyum. Tidak terbalas rasanya..biar Allah yang membalasnya disana nanti. Aku juga berharap agar mereka tidak pernah putus berdoa untuk Qayyum kerana masih jauh perjalanannya lagi.

18 November 2010

Pengalaman Beraya di Hospital

15.11.2010 (Isnin) & 16.11.2010 (Selasa)
Hari keenam …
Hampir seminggu kami berkampung di Hospital Sungai Buloh (HSB). Begitu pantas masa berlalu. Dan amat berterima kasih buat staff dan misi di wad kanak-kanak tersebut sebab sepatutnya hanya seorang penjaga dibenarkan menunggu pesakit. Tetapi dalam kes Qayyum … setiap hari aku dan suami yang menemankan Qayyum. Alhamdulillah … Tuhan permudahkan urusan kami sekeluarga.
Hari ini semangat aku lain macam sikit. Lebih bersemangat gamaknya. Sepanjang 6 hari aku setia ulang alik dari Paya Jaras ke HSB. Sepanjang perjalanan aku dari rumah menuju ke HSB memang penuh debaran. Setiap kali itu jugak aku terus berdoa agar segala urusan Firhan Qayyum dipermudahkan. Semoga diberi kesihatan lebih baik dari semalam buat Qayyum.
Hari ini baru ada kekuatan buatku untuk melihat sendiri bagaimana kaki Qayyum dicuci. Masih penuh drama cuma sudah kurang babak sebak sedikit dari Qayyum. Bayangkan, sambil main PSP … dia boleh menjerit … menangis … kelakar pulak budak-budak praktikal tu melihat teletah Qayyum. Semua dah kenal Qayyum. Sampaikan misi tanya  …
"Dah taknak tembak hospital lagi ke Qayyum?” kekeekekeke … Dia senyum sendiri.
Hari ketujuh …
Hari ni Qayyum dikunjungi cikgu tadika dia. Air mata aku mengalir lagi bila bercerita tentah Kisah Qayyum pada cikgunya.
Cikgu datang bawa sijil dan gambar kelas Qayyum. Sepatutnya 3 hari selepas hari kejadian tersebut, sijil dan gambar tersebut diserahkan pada pelajar. Tapi takde rezeki untuk Qayyum bersama-sama kawan-kawannya yang lain.
Sayunya aku melihat wajah manis Qayyum sambil tersebut lebar dalam potret kelasnya. Jauh disudut hati aku masih berkata … kalaulah masa boleh kuputar …. Huhuhuhu …
Esok dah raya haji. Sayunya hati aku mendengar takbir …

17 November 2010

Mama Tahu Adik Kuat

15.11.2010 (Isnin) & 16.11.2010 (Selasa)
Hari keenam …
Hampir seminggu kami berkampung di Hospital Sungai Buloh (HSB). Begitu pantas masa berlalu. Dan amat berterima kasih buat staff dan misi di wad kanak-kanak tersebut sebab sepatutnya hanya seorang penjaga dibenarkan menunggu pesakit. Tetapi dalam kes Qayyum … setiap hari aku dan suami yang menemankan Qayyum. Alhamdulillah … Tuhan permudahkan urusan kami sekeluarga.
Hari ini semangat aku lain macam sikit. Lebih bersemangat gamaknya. Sepanjang 6 hari aku setia ulang alik dari Paya Jaras ke HSB. Sepanjang perjalanan aku dari rumah menuju ke HSB memang penuh debaran. Setiap kali itu jugak aku terus berdoa agar segala urusan Firhan Qayyum dipermudahkan. Semoga diberi kesihatan lebih baik dari semalam buat Qayyum.
Hari ini baru ada kekuatan buatku untuk melihat sendiri bagaimana kaki Qayyum dicuci. Masih penuh drama cuma sudah kurang babak sebak sedikit dari Qayyum. Bayangkan, sambil main PSP … dia boleh menjerit … menangis … kelakar pulak budak-budak praktikal tu melihat teletah Qayyum. Semua dah kenal Qayyum. Sampaikan misi tanya  …
"Dah taknak tembak hospital lagi ke Qayyum?” kekeekekeke … Dia senyum sendiri.
Hari ketujuh …
Hari ni Qayyum dikunjungi cikgu tadika dia. Air mata aku mengalir lagi bila bercerita tentah Kisah Qayyum pada cikgunya.
Cikgu datang bawa sijil dan gambar kelas Qayyum. Sepatutnya 3 hari selepas hari kejadian tersebut, sijil dan gambar tersebut diserahkan pada pelajar. Tapi takde rezeki untuk Qayyum bersama-sama kawan-kawannya yang lain.
Sayunya aku melihat wajah manis Qayyum sambil tersebut lebar dalam potret kelasnya. Jauh disudut hati aku masih berkata … kalaulah masa boleh kuputar …. Huhuhuhu …
Esok dah raya haji. Sayunya hati aku mendengar takbir …

Terima Kasih Pelawat

13.11.2011 (Sabtu) & 14.11.2011 (Ahad)
Hari keempat & kelima …
Syukur. Dari hari pertama, tak berhenti orang datang melawat Qayyum. Tak berhenti orang mendoakan buat Qayyum. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan korang.
Dan babah masih setia menjadi penghuni wad kanak-kanak jugak. Betapa besar pengorbanan seorang suami dan babah.
Qayyum pun naik pelik sebab hari-hari ada orang melawat dia.
"Mama ... kenapa orang asyik tengok adik jek?"
"Adik kan artis .. tu pasal semua orang datang tengok adik" jawab babah.
Semakin hari Qayyum semakin ceria. Babah kata sepanjang malam dia tak banyak masalah dan kerenah sepanjang di wad kanak-kanak tersebut. Takde merengek. Takde menangis. Cuma bila waktu nak tidur … disuruh urut kaki … disuruh garu badan ... babah layan je.
Sudah muak makanan hospital, Qayyum mintak sambal. Aku masakkan sambal kosong dan bubur. Kadang-kadang nasi. Makannya masih berpantang supaya lukanya cepat sembuh. Aku belikan gel gamat Healin. Khasiatnya supaya luka dalaman cepat sembuh dan menguatkan tulang. Setiap hari aku berdoa agar ada keajaiban akan berlaku pada Qayyum.
Sebelum ni 3 katil di wad Qayyum semuanya baby. Hari itu ada budak dalam 10 tahun masuk ke wad sama ngan Qayyum. Barulah Qayyum ada kawan. Dialah selalu temankan Qayyum dan berbual dengan Qayyum. Alhamdulillah. Semakin ceria Qayyum.
Nasib ada PSP … taklah Qayyum rasa jemu. Kan tak boleh berjalan … bergerak sangat pun tak boleh … bila layan PSP tu boleh hilangkan bosan dia.
Setiap kali datang ke hospital … aku akan bawa sesuatu untuk Qayyum. Bila nampak aku bawak barang mainan barulah dia tersenyum lebar. Berapa banyak duit habis? Aku dah tak kisah pasal kewangan janji Qayyum bahagia. Duit boleh dicari tapi bahagia tiada gantinya.
Sepanjang rutinku setiap akan ke hospital … aku amat berterima kasih buat mak, abah , adik-adik dan terutama sekali kakak Balqis. Terpaksa bersendirian menjaga diri sendiri di rumah bersama atuk dan nenek. Jumpa kakak Balqis seawal pagi dan lewat malam jer. Dah 5 hari jugaklah dia tak jumpa babah dan adik Qayyum. Nasib baik dia sangat memahami walaupun baru berusia 9 tahun. Terima kasih kakak kerana memahami situasi mama dan babah.
 

16 November 2010

Trauma Dressing Kaki

12.11.2010 (Jumaat) 
Hari ketiga ...
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul ...
Sudah 3 hari kami berkampung di wad kanak-kanak Hospital Sungai Buloh (HSB). Sudah 3 hari juga menjadi rutinku berulang alik ke HSB. Seawal jam 8 pagi aku akan ke HSB dan selewat 8.00 malam aku pulang rumah. Malah … sudah 3 hari jugak suamiku tidak keluar-keluar dari hospital. Qayyum taknak aku menemankannya. Dia mahu babah yang temankan tidur malamnya. Mungkin lebih selesa dan mungkin dia tak mahu melihat aku asyik menangis sahaja.
Bantal busuk memang tak dapat dipisahkan ...
Alhamdulillah. Keputusan dari pembedahan tersebut, kaki Qayyum cantik merah. Leganya hati aku ketika itu. Tapi pagi itu, Qayyum demam kata suamiku. Panas badannya. Aku mula risau lagi. Doktor kata mungkin akibat dari pembedahan tempohari. Tapi tidak boleh dibiarkan takut melarat. Aku jelumkan dengan tuala basah. Paksa makan dan minum susu.
Perkara paling aku tidak suka ialah bila misi dan budak praktikal nak dressing kaki Qayyum. Aku sebenarnya tak sanggup nak melihat Qayyum menangis menahan sakit. Malahan setiap kali para misi dan budak praktikal nak buat dressing kakinya, aku akan lari keluar. Lari sejauhnya. Tak sanggup melihat dia menjerit kesakitan. Korang baying jika kita sendiri luka sedikit pun kemain sakitnya inikan pulak budak 6 tahun …
Qayyum pulak ... setiap kali cuci kaki mesti dia buat drama yang mencuit hati semua penghuni yang menginap wad sama dengan Qayyum. Sambil dicuci kakinya, dia akan menjerit ... menangis ... meronta sambil memanggil nama atuk ... nenek ... kakak ... makngah ... moksu ... nama orang-orang yang tiada bersamanya ketika itu. Nak kata kelakar ... sedih pun ada. Semua penghuni wad tersebut dah paham dengan kerenah Qayyum. Ada jugak peneman-peneman pesakit datang membantu suamiku menenangkan Qayyum.
Perasaan lega setiap kali selepas cuci kaki ...
Dan setiap kali usai kakinya dicuci … aku akan masuk semula dan setiap kali itulah Qayyum akan mengerling mata sembabku. Dia memang tak suka tengok aku menangis. Tu pasal dia lebih suka babah dia yang menemaninya dari aku. Anakku Qayyum ... sebenarnya dia dapat membaca isi hatiku ... huhuhuhu ...

Pembedahan Berjalan Lancar

Hari kedua …
Alhamdulillah setelah bertarung 4 jam (dari 8.45 malam – 12.00 tengahari malam).
Pembedahan peringkat pertama Qayyum berjaya. Urat berjaya disambung. Tulang yang retak sudah diletak area tv (aku tak tau nak panggil aper) bagi menyokong urat2 yang terputus.
Doa aku tak putus-putus agar urusan buat Qayyum dipermudahkan Tuhan. Masa nilah baru teringat dosa-dosa lampau yang pernah dilakukan selama ini. Dan aku tahu ramai lagi yang tolong mendoakan buat Qayyum. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Pagi itu, aku segera ke hospital. Tak sabar melihat hero hatiku.
Bila aku sampai je di wad Qayyum, dari jauh dah nampak aku datang, dia terus senyum. Leganya hati aku melihat senyuman manisnya. Hilang sekejap lara di hati. Tapi dia masih lemah dan menahan sakit sebenarnya. Aku tahu. Tapi dia tak tunjuk padaku. Mungkin takut aku akan menangis lagi.
Leganya hati lihat senyuman adik namun disebalik senyumannya penuh kesakitan.
Doktor menerangkan jika kaki Qayyum kelihatan merah dan sihat maksudnya pembedahan tersebut berjaya. Tetapi jika kaki Qayyum kehitaman, pembedahan tersebut tidak berjaya dan kemungkinan kaki Qayyum akan dipotong. Allahuakbar!!!
Ketika itu, Tuhan saja maha mengetahui apa yang aku rasa. Kata-kata doktor memang selalu menyakitkan.
Akukan takkan berhenti mengalah. Aku akan terus berdoa setiap saat buat kesihatan Qayyum.

15 November 2010

Dugaan Berat

Assalamualaikum...
Setelah 4 hari dugaan paling besar berlaku pada kami sekeluarga, baru hari ini aku punya kekuatan diri untuk menulis. Jika ikutkan hati, aku mahu lupakan semuanya. Jika dapat aku putarkan masa … aku tak ingin ianya berlaku tapi ianya sudah tertulis. Sebagai orang islam, aku harus redha menghadapi semua dugaan yang Allah berikan.
Aku menulis “Kisah Qayyum” hanyalah untuk pengalaman dan tauladan. Tidak bermaksud menagih simpati.
10.11.2010 (Rabu)
Hari ini ada latihan sukan di sekolah Qayyum. Seperti kebiasaan, setiap pagi kami 4 beranak akan menaiki motorsikal menuju ke sekolah anak-anak terlebih dahulu kemudian baru ke tempat kerja.
Memang kelakuan anak keduaku, Firhan Qayyum agak aneh hari ini. Nenek jugak berkata begitu. Nenek kata muka Qayyum lain pagi itu.
Rupa-rupanya, perubahan itu telah merubah kehidupan anakku Qayyum. Malang memang tidak berbau ...
Selalunya, kakak Balqis akan duduk di hadapan dan Qayyum ditengah-tengah antara aku dan suamiku. Dan selalunya kaki Qayyum akan dinaikkan ke atas pahaku tapi tidak pulak hari itu. Dan aku juga tidak mengingatkan dia hari itu. Sampai di satu persimpangan tidak jauh dari rumah mak, Qayyum menjerit.
“Mama…kaki adik ma” katanya agak perit. Ya! Allah abang! Kaki anakku hampir terkulai dan berlumuran darah.
“Astagfirullahalazim” Suami dengan pantas membawa kami menuju ke klinik berdekatan. Dan aku bagaikan orang gila menjerit-jerit di atas motor..sedangkan Qayyum sedikitpun tidak menangis Cuma menyeringik menahan kesakitan.
Kakinya termasuk dalam sportrim motor. Hampir terkulai. Dan tulang di bahagian pergelangan kakinya hancur (setelah diberitahu doktor baruku tahu).
Dari klinik, aku terus menelefon abah dirumah. Abah datang menghantar kereta. Dan Abah bawa pulang motorsikal kami. Dengan segera kami menuju ke Hospital Sungai Buloh. Dalam kereta aku masih menggogoi menangis. Qayyum Nampak tenang dan langsung tidak menangis tapi mahu terlena. Aku memeluknya sekuat hatiku. Ya! Tuhan, tolong selamatkan anakku. Permudahkan urusan kami Ya! Allah …
Sampai di hospital, kami terus ke bahagian kecemasan. Qayyum masih tidak menangis. Cuma menyeringik menahan kesakitan. Sehingga petugas hospital sampai barulah dia menangis. Dan aku tidak boleh mendengar tangisannya. Hati aku meruntun pedih sangat ketika itu. Aku fikir, lebih baik aku menanti diluar sahaja dari terus menangis di hadapan Qayyum.
Ketika itu … aku seakan sudah tidak malu menangis dan terus menangis dihadapan orang ramai. Nasib baik anakku Balqis menemaniku. Dan aku masih mundar mandir diruangan menunggu sambil berdebar menanti kata-kata doktor. Aku tak kisah pandangan pelik penghuni di hospital itu lagi.
Hampir setengah hari Qayyum masih berada di dalam wad kecemasan menarung kesakitan. Biasalah prosedur hospital kerajaan. Tunggu dan tunggu lagi.
Aku memang tidak keruan tapi aku tidak berdaya untuk menghadap wajah anakku Qayyum. Tidak lama kemudian, lalu suamiku memanggilku kerana doktor mahu berjumpa dengan waris, Ku lihat kaki anakku telah dibalut namun darah masih banyak mengalir.
Beberapa doktor datang mengerumuni Qayyum sambil menerangkan apa yang telah terjadi dan patut dilakukan pada anakku. Hatiku makin pedih. Air mata semakin laju mengalir walaupun di hadapan doktor. Aku sudah hilang malu.
Doktor menerangkan … pembedahan akan dilakukan tapi mereka perlu menunggu doktor pakar pembedahan sampai  Buatlah apa sahaja doctor … asalkan anak aku selamat. Mohonku penuh simpati.
Aku tenung wajah tenang Qayyum. "Adik....sakit tak?" Ya! Allah...sayunya hatiku memandang wajah kecil itu. Betapa beratnya ujianmu Ya! Rabbi. Seandainya dapat digalang ganti. Pasti aku akan menggantinya. Biar aku yang menanggung kesakitan itu. Kenapa anakku Ya! Tuhan? Astagfirullah.....
"Mama...adik taknak tengok Mama kat sini. Mama pergilah jaga kakak. Babah boleh jaga adik". Pinta Qayyum.
Ya! Tuhan. Sesungguhnya Engkau mengurniakan aku anak yang begitu ajaib buatku Ya!Allah. Engkau kurniakan kekuatan yang luar biasa buat anakku Ya! Allah.
Terima kasih buat suamiku kerana meminjamkan kekuatanmu pada anak kita. Maafkan sayang..kerana tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Aku tahu, dia juga bertarung dengan pelbagai perasaan yang mana satu harus dijagainya. Dan dia terpaksa pura-pura kuat.
Hampir 6 jam berpuasa … kini masa untuk pembedahan Qayyum. Aku mengiringi sehingga ke wad sahaja. Kakiku kaku terus untuk melangkah ke ruang pembedahan. Biarlah suamiku seorang sahaja yang jadi peneman anakku. Aku cium puas-puas anakku.
Sepanjang malam aku tidak keruan. Aku menuju ke ruang solat. Sambil menadah tangan memohon agar dipermudahkan pembedahan anakku. Semoga selamat semuanya. Lalu aku disapa seorang kakak yang turut bersolat diruang solat itu. Mungkin melihat aku terus menangis, dia bertanya apa yang telah terjadi padaku. Setelah menerangkan segalanya .. kakak itu terus memujukku. Katanya, anaknya sedang bertarung dengan penyakit leukemia. Lagi besar dugaan kakak itu alami rupanya. Aku patut lebih bersyukur. Setelah berterima kasih atas kata-kata semangatnya, aku kembali menanti Qayyum dan suamiku di wad.
Ketika ini Qayyum sudahpun berada di bilik pembedahan. Jantung aku semakin berdebar. Ya! Allah...aku mohon padamu..selamatkan anakku. Pulihkan semula anakku Firhan Qayyum. Engkau kurangkanlah kesakitan anakku Ya!Allah. Tidak sanggup aku melihat kesengsaraan dia Ya!Allah. Sesungguhnya Engkau maha mendengar lagi maha mengasihani. Kuatkanlah semangat suamiku..semangat anakku..semangatku..agar dapat bertahan dengan ujianMu ini. Amin.
Alhamdulillah lewat jam 12.00 tengah malam anakku selamat menjalani pembedahan. Hatiku masih berdebar menunggu keputusan pembedahan itu besok pulak.Ya!Allah...ku mohon sekali lagi..selamatkan anakku Firhan Qayyum. kasihanilah dia..dia masih kecil untuk mengerti kesakitan itu Ya!Allah.