29 Julai 2010

Petua Rawat Muntah-Muntah

Korang kalau kena muntah2 apa yang korang buat kalau nak elok cepat? Baru2 ni anak aku Qayyum baru jek baru baik cirit birit...demam..muntah2 plak...aduh....cam tau2 jek Mama dia nak terbang....Naim kecut muka..cian adik Qayyum...Bila dah jadi camni..Mak mula kuarkan petua orang dulu2. Mak suruh aku cari tali kasut. jenuh aku mencari tali kasut Encik Suami..sib baik jumpa...Mak simpul2 tali kasut tu cam nih...
*
*
*
*
*
Simpul cam nih ye...tali kasut..x kisah brand apepun...
Sambil simpul menyimpul..bacalah selawat Nabi 3x...kemudian ikat kat leher orang yang kena muntah2 tu cam nih....
*
*
*
*
*
 Insyaallah...muntah2 akan reda..jangan bukak sampai ok tau...
Ini petua orang dulu2..Mak kater...aku tanya kengkawan yang lain..dorang semua tak pernah tau pun...opss!!!mungkin ini petua keluarga aku kot "Bibah's Family".Korang amalkanlah...manalah tau kot2 ok...

9 Julai 2010

Resepi Spaghetti Black Pepper

 
cerr teka..cerr teka..aku nak masak per?? Mestilah spageetikan tapi aku guna jenis linguine..hentam sajalah...
 
Memang dah lama benor nak buat spagetti black pepper ni..tapi ada jek halangannya. Kali ni aku mesti buat gak..kalau tak kesian anak tekak ni ngidam...
 
Resepi digodek dalam AKU BUKAN CHEF dan ditransform mengikut selera aku....
 
Bahan2 : (Anggaran makan untuk 2 orang)
 
  • spageeti (direbus dahulu)
  • 3 sudu makan daging kisar
  • 2 biji bawang besar (dicincang dadu)
  • 4 biji bawang putih (dicincang dadu)
  • 2 sudu cili padi yang dikisar
  • 1 sudu kicap
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk)
  1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan cili padi kisar hingga garing.
  3. Masukkan daging kisar.
  4. Apabila sudah garing, masukkan kicap, sos tiram dan lada hitam.
  5. Kemudian masukkan spaghetti dan gaulkan.
  6. Sedia dihidang.
* Garam tidak diperlukan sebab sos tiram dan kicap dah masin. Nanti kena darah tinggi plak...Selamat Mencuba!!