22 Julai 2008

Selamat Tinggal Kak Fieda

Minggu ini ada dua perkara dalam hidupku. Satu berita gembira dan satu lagi berita sedih. Apa yang menggembirakan aku proses pembelian rumah idamanku telah berjaya dan berita sedihnya Kak Fieda akan meninggalkan aku.Minggu ini adalah saat-saat terakhir buat aku dan Kak Fieda ("Kakak Manjaku")Kesedihan ini tak dapat aku gambarkan..Terlalu sedih... Air mata ini tanpa segan silu asyik mengalir jer semenjak dari awal aku mengetahui Kak Fieda akan berhenti kerja.
 
Aku terlalu sayangkan persahabatan antara aku dan Kak Fieda..terlalu...(cam org bercintan lak)Tapi..ikhlas..Kak Fieda terlalu baik sebagai seorang sahabat..Dialah tempat aku curah segala-galanya isi hati aku...Mungkin dia lebih tua dari aku (tapi taklah tua sgt pun beza setahun jer..namanyer tua tapi perangai gilo2..)hehehe..jgn mare Kak Pid.Dan bukan takder kawan lain..tapi dengan Kak Fieda yg satu kepala ngan aku..
Hari ini tanggal 25.7.2008 merupakan hari terakhir aku ngan Kak Fieda..berakhir sudah episod persahabatan kami disini..Aku cuba melawan kesedihan yang melanda jiwaku..tapi tak boleh. Aku gagal melawannya..masa Ina resign dulu..aku boleh control (tu kerna terpaksa)..tapi kali ini aku gagal..aku gagal mengawal kesedihan aku..hati aku tika ini terlalu sedih..aku kehilangan kakak yang paling aku sayang..terlalu sayang..
 
Kak Fieda..tak kesian ke Kak Fieda pada orang?(buatper nak kesiankan) Kesian orang kak..tinggal sesorang kat sini..memanglah ada yang tinggal kat sini..tapi tak sama dengan akak..mesti orang akan rindu dengan suara akak... Begitu banyak suka duka yang aku lalui bersama Kak Fieda..saat manis..saat duka..segalanya hanya Kak Fieda yang tahu. Sekarang....pada siapa harus aku luahkan..tiada siapa. Memang hakikatnya aku boleh mengadu padanya namun tak berapa bestlah dalam tipon..nangispun sesorang..
 
Hidup harus diteruskan demi sesuap nasi.. tapi..entahlah..aku gagal mengawal emosi...aku masih bersedih lagi..terlalu sedih..mencurah-curah air mata aku kluar ini..taknak berhenti lak tu..malu gak..sampai Bos aku tak berani nak tegur.hehehe..sorilah Boss..aku ni sensitif sikit.

16 Julai 2008

Beli Rumah

Tidak pernah terlintas untuk beli rumah sebab rasa macam tak mampu nak bayar bulan-bulan tu. Tapi dah namanya rezekikan ... 

Masa laki bawak bini ngan anak jalan-jalan kawasan Saujana Utama, Sungai Buloh, memang dah nampak rumah teres yang cecantik. Mesti mahal, kataku dalam hati. Lagipun kami tengah dalam proses buat rumah kat tanah abah cuma modalnya masih belum mencukupi, lalu pembinaan terpaksa dihentikan. So, terhenti lamunan dan angan-angan sekejap.
 
Laki bawak tengok rumah jenis"townhouse" kat Pristana. Cantik memang cantik tapi aku tak berkenan sangat sebab jenis atas orang lain duduk bawah plak orang lain duduk. Dibuatnya dapat laki bini jenis kaki gaduh..tak ke naya. Mesti dengar dorang gadoh nanti. Tak pun dengar suara tarzan aku :) Dahlah aku ni jenis tarzan...nak menjerit marah anak pun jadi segan pulak nanti. Harga boleh tahan jugak cuma aku je tak berkenan.
 
Bila dah tahu bini tak puas hati, laki bawak pulak rumah contoh kat kawasan Saujana 3. Ada beberapa rumah contoh kat situ. Hatiku terpaut dengan rumah teres 2 tingkat patter"Greenwoods". Pandang laki, laki sengih. Ada harapan gayanya tu. Terus tanya pejabat Glomac. 

Dah tanya harga segala, balik rumah. Fikir dulu kata laki. Lepas dah tolak bahagi, laki terus ajak pi pejabat Glomac. Alhamdulillah, pulunlah korek tabung nak bayar deposit rumah. Maka ... terbelilah jugak sebijik rumah teres :)
 
InsyaAllah, pelan-pelan kayuh. Banyak benda kena catu nanti. Takpelah aset masa depan untuk anak-anak jugak.

12 Julai 2008

Blog Alin Marlini

Salam berblogging...
 
Namaku Marlini Binti Matusan. Lahir pada 5 April 1979 di Sg Buloh, Selangor Darul Ehsan. Kini dan selamanya aku masih tinggal di Sungai Buloh.
 
Aku ada 3 orang adik beradik, Aku Marlini, Maziah dan Murni..semuanya perempuan. Abahku Matusan Bin Mohd Salimin dan Makku Zainab Binti Ibrahim.
 
Aku isteri kepada Encik Suami Rashidan Abd Karim. Mama kepada 2 orang anak, Fatin Farhana Balqis & Firhan Qayyum.
 
Aku seorang kerani di firma guaman. Kini dan selamanya keje ngan loyer.
 
Sebelum ni..aku hanya menyibukkan diri membaca blog2 orang lain. Pertama kali aku terpikat ngan blog ni setelah membaca blog kimi, adik chambering yg pernah buat chambering kat HSK dulu..Aku suker sangat baca blog dia. Lama-lama jadi seronok kalu ada blog sendiri. Seronok jugak kalu ada blog sendiri..boleh luah perasaan..ala-ala cam Diarylah..Dulu-dulu aku rajin gak tulis diary..tapi sejak kawin + beranak pinak ni..cam malas + takde masa..
 
Setelah blog aku siap dengan bantuan kimi & am aku mula terpikir...ada ker orang nak intai2 blog aku nih? Dengan berperasangka baik..apa tujuan aku nak buat blog ni...hanya sekadar untuk luahan-luahan rase...tidak pada orang lain tp untuk diri sendiri...aku terus mengentry...
 
Orang kater biar dari bawah...nanti lamer2 naik ke atas jugak...so, sesaper yang sudi sila jadi rakan blogging saya.
 
Dari blog ku bernama  :- cinta-matahariku ke alinmarlini dan sekarang blog akak kembang :)

Sudilah membaca ye :)